
Masa adik lahir, abg darjah enam. Abg nak adik lelaki, kecewa sangat bila adik lahir. Tapi kita rapat. Adik jadi tomboy supaya abg suka adik. Adik akan nak pakai baju sama dgn abg. Adik ikut kemana abg pergi. Abglah kawan adik. Kita kawan baik =)
Abg masuk universiti dan adik tinggal keseorangan. Abg mula masuk alam dewasa. Abg tak nak main dgn adik lagi. Adik akan masuk ke bilik abg bila mak & abah gaduh. Adik mesti tidur dekat abg. Adik akan tengok abg buat kerja universiti abg. “Adik nak ikut abg pergi sekolah”, abg bagi adik guna komputer abg! Abg suka suruh adik tolong taipkan assignment abg!
Kalau adik demam, adik nak makan makanan abg beli je. Adik suka bercerita dengan abg semua benda. Semua benda adik suka tiru abg. Nak buat semua benda abg buat.
Adik mula dewasa dan kita mula berhenti bertegur sapa. Masing2 sibuk dengan hidup, kita lupa apa yang kita pernah ada dulu.Masa berlalu, abg sudah jadi suami orang dan kemudian seorang ayah. Adik rasa jauh.
Sebelum adik terbang ke sini, abg bisik dekat adik “Abg sayang adik”. Apabila di sini, abg lah tempat adik mengadu, abg lah jadi sumber kekuatan adik. Abg sentiasa cakap adik boleh. Kita mula bercakap kembali. Abg sentiasa ada bila adik perlu teman. You always make me feel that you always be there for me. When I’m lost you guide me to the right path.
oh abang, adik sayang abg juga! Abg, I miss you.
Yang tulus ikhlas,
Adik